tik tok tik tok

Friday, May 10, 2013

passionate 1# micah's pavlova #recipe

semalam buat kesekian kalinya membuat pavlova...alhamdulillah, pavlova makin cantik...xde dah nak senget2 semua, texture pun cantik dipandang, lembut dimakan plus rangup2 jugak ckit...improved#

resipi macam biasa la google internet aje, pastu tanya pendapat pakar pavlova #my#nadya#ajhman alhamdulillah, beliau banyak bg nasihat..kalo nak tgk pavlova yang cun2 leh follow iG nadya #nadyaajhman ..follow my iG jgk pun xpe #micahaje ~ngeeee3

sebelum ni kalo buat pavlova, banyak guna manggo ng kiwi j, tapi kalini try jugak boh strawbery korea(sbb xmasam, manis2 sedap j) dgn raspberry(masam manis)...so mmg sgt sedap lah kan...nak2 presentation A plak, kalo sblum ni B- je, my Ai as a judges... jom layan pictas2 pavlova dulu...pastu kita cerita repisi plak ye...#peace 


yg ni baru buat smlm...blum puas pavlova ni menjengah dunia, dah habis kami ngap3...makan sejuk2 sgt sedap...

yg ni buat last month...still nampak kemek, senget2 ckit...

yg buat bila ntah...tapi skali nampak macam gunung berapi da....makan ng pisang sedap3...hihi

ni target sy...nmpal tempting x?yg ni ambik gambar dr iG nadya..
ni taukey pavlova...cantikkan pavlova beliau dan beliau sekali...pasangan secocok...

kita tgk resipi plak jom#

Bahan untuk Meringue
3 biji telur putih size A
Gula kastor 1 cawan
1 sudu esen vanila
1 sudu cuka epal
1 sudu tepung jagung
250g whipping cream


Tip sebelum membakar Pavlova
  • Semasa mengasingkan antara telur putih dan kuning, pastikan tiada sedikit pun telur kuning yang masuk dalam telur putih.
  • Bagi memudahkan proses mengasingkan antara telur putih dan kuning,  gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk.
  • Pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Elakkan guna telur yang masih sejuk.
  • Pastikan peralatan yang digunakan bersih daripada sebarang air dan kesan minyak.

Cara-cara
  • Pukul telur menggunakan hand mixer/stand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi soft peak form – separuh kental adalah tahap apabila kita angkat pemutar elektrik, putih telur berbentuk melengkung.
  • Kemudian dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula satu sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
  • Masa ini adunan akan bertukar menjadi putih tetapi belum berkilat. Apabila pegang sedikit adunan di tangan, masih terasa gula yang belum hancur.
  • Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Apabila diangkat dia akan mengeluarkan 'tanduk'.
  • Masukkan esen vanilla dan pukul sehingga sebati.
  • Tanda meringue menjadi ialah apabila 'tanduk' yang tajam di hujung.
  • Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
  • Buat garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). Atau anda boleh menggunakan cara dengan tekapkan tin kek yang berbentuk bulat.
  • Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi daripada tengah.

Masa membakar
  • Panaskan oven suhu 150’c. Letakkan rak ditengah bahagian oven.
  • Masukkan adunan meringue, dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140’c. Masak selama satu jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Apabila api terlalu panas, luarnya akan garing tetapi di dalam belum masak.
  • Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Apabila masak, biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

NOTA:
  • Elakkan daripada memukul whipping cream terlampau lama. Jika tidak ia akan jadi cair.
  • Pukul whipping cream semasa tengah sejuk.
  • Anda boleh hiaskan meringue anda dengan krim putar dan buah-buahan mengikut kesukaan anda.
  • Anda juga boleh gunakan coklat cair untuk dimakan bersama meringue pavlova.
  • Bagi memudahkan kerja, masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama dua hingga tiga jam sebelum memukul whipping cream.
  • Whipping cream memang manis, jadi jika anda tidak suka terlalu manis, kurangkan sukatan gula.
  • Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Jika mahu makan, anda boleh keluarkan dan guna.
  • Elakkan daripada meletakkan whipped cream dan hiasan buah-buahan yang siap dipotong terlalu awal.


p/s: ambik gambar dr iG nadya..mintak halal ye..
p/ss: nmpk susah, tapi sgt senang
p/sss: selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

nukilan teman