tik tok tik tok

Tuesday, May 28, 2013

sembang petang 1# jemput2 ksih sayang


Suatu petang selasa, lepas balik kerja #

me: abg, sy nk buat jemput2 ni...
 ai: ok, cedap jgk
Me: nk letak apa dlm nih? xnk kosong j...hurm...
Ai: ooooo...letak je kasih sayang, mesti cedap....
Me: @#$%¥€×

P/s: xpernah sangka perkahwinan seindah ini...hahaha
P/ss: jom mkn jemput2..

Wednesday, May 22, 2013

cabaran 30 hari VCO


xde lah cabaran mana...tapi saja nak kongsi saya dah jadi ahli product catalyst...last week borong capsule VCO, liquid oil VCO, hair treatment, hair revitalise, fiber drink.....so, baru je beberapa hari makan, tapi dah xsengaja skip sehari...memang xkonsistent betul la micah aje nih...

result tu kita cuba tgk lagi sebulan...


sesape nak order, leh la pm ye...


wassapp: wechat: line:
01116725220


di lain waktu, micah aje akan kongsikan kebaikan2 product nih pulak ye...



till then,
wassalam




p/s: dapat kol untuk interbiu kat indah water consortium...nak pegi ke xnak? huhu
p/ss: sekarang mood menjahit makin berkobar2....

Tuesday, May 21, 2013

candy crash fever

sekarang nih semua staff kat office RELA timur laut ni dilanda demam candy crush... harini mmg xde kerja, cust. pun xde, lengang je pejabat, staff dah start bosan xtahu nak buat ap....ye la... bila datang waktu sibuk tu, memang xmenang tangan...bila xdak kerja, mula la sorg2 mati kutu...tapi start smlm, kami dah tahu nak luangkan masa dengan perkara yang xmembosankan walaupun xde la faedahnya sgt...at least xde la si Silan selva tu sibuk nak kacau Ma kan...kalo x, jenoh la nak berperang mulut ng dia...
ok jom tgk game apa yang best sgt tu...actually xde la best sgt, tapi bila dah compete antara colleague tu, memang semua xmau kalah lah kan...

1st, kena p kat play store, download application dulu...bila dah start main, akan kuar camni.. 

pastu boleh la start main sampai xhengat dunia....tapi make sure main bila semua kerja dah setle lah kan...jangan curi tulang xbuat kerja sudah, melainkan macam kami staf gov. yang xberapa nak ada kerja...huhuhu 

ni bila dah start main...ce tengok, sungguh colorfull...memang menarik tertarik perhatian sungguh lah kan...nak2 pulak wanita macam saya! tapi, my colleague semua lelaki...xtaw sebab apa dowg tertarik nak main...mungkin nak nampak comels jugak kot main mende nih...lagi 1, sound dia comels sgt..ala2 funfair gitu...hahhaha


huhuhuhu ni bila dah kalah...1 lagi best game nih, kita xperlu lah nak fokus sgt nak main sampai menang ber level2...sebab....kita kalo dah kalah, kena tunggu 30minit untuk di approve untuk main skali lagi..so sambil2 tu boleh la p kacau sesape yang tengah kusyuk main kan...worth x? hihihi kalo ketagih nak main jugak, ada option taw....tapi kena la mintak simpati kat kawan2 lain mintak nyawa...means mintak support dari friend untuk kita terus main sekali lagi...

nampak tak kat tepi tu high score....mine was 60th.... sebab kalah kan...xpe, len kali boleh cuba lagi...

ni bila kita nak mintak nyawa dr friend lain...just click ask friends..nak mintak berapa banyak pun xpe, tapi paling banyak 5 je akan approve...

kalo kat rumah pun, dah start addict ng game nih...kat office main guna computer, kalo kat umah guna tab je...my Ai pun xnak kalah join jugak main kat hp dia...hihihi so, antara 30minit kalah tu, leh la setle kan kerja rumah dulu...masak pun sempat...hihihi 




till then....

p/s: kalo agak2 friend yg kita request tu xnak bagi nyawa, wassapp je soh approve...hihi
p/ss: jom main berjemaah



Thursday, May 16, 2013

katil comels ~ikea

comels x katil nih?
 baru settle kerja, sibuk plak p google catalogue IKEA...perh, super awesome la design terbaru nih...tergugat iman...tssskkkk...

 ni plak bukan dari catalogue IKEA...ni contoh nak deco bilik j...simple but nice...entry kalini sekadar nak cuci2 mata j...so gambar pun banyak cilok2 je...nak link kena scroll ke bawah...
ni katil bujang...sekadar mimpi j lah nak ada.... hihihihi 

 ni katil cun jugak...


nak cuci mata leh tgk kat link bawah nih:

p/s: empty ^_^

Wednesday, May 15, 2013

bonus:

bonus...bonus...bonus...bonus...

the money is everywhere!

awal bulan ni, suami mendapat bonus, petengahan bulan ni, si isteri plak mendapat bonus....tapi, masa suami dapat bonus, 40% tu diagihkan pada si isteri...adakah kali ini giliran si isteri berbuat begitu juga?
a. wajar
b. tidak wajar
c. kurangkan nisbah
d. atas budi bicara
e. saving

hahahaha...nampaknya si isteri telah memilih jawapan L...iaitu spend untuk percutian...sila google tempat menarik sekarang yahuuuuu....


p/s: nak cari tempat snorkelling lagi lah...
p/ss: pissed off with someone
p/sss: mesin jahit tepi n s3 mini xlama dah...
p/ssss: deco rumah pun best jugak...
p/sssss: ikea jom awal bulan depan

Monday, May 13, 2013

Monday's blue

for the 1st time:

today is mondays blue for me...


blergh~

Friday, May 10, 2013

passionate 1# micah's pavlova #recipe

semalam buat kesekian kalinya membuat pavlova...alhamdulillah, pavlova makin cantik...xde dah nak senget2 semua, texture pun cantik dipandang, lembut dimakan plus rangup2 jugak ckit...improved#

resipi macam biasa la google internet aje, pastu tanya pendapat pakar pavlova #my#nadya#ajhman alhamdulillah, beliau banyak bg nasihat..kalo nak tgk pavlova yang cun2 leh follow iG nadya #nadyaajhman ..follow my iG jgk pun xpe #micahaje ~ngeeee3

sebelum ni kalo buat pavlova, banyak guna manggo ng kiwi j, tapi kalini try jugak boh strawbery korea(sbb xmasam, manis2 sedap j) dgn raspberry(masam manis)...so mmg sgt sedap lah kan...nak2 presentation A plak, kalo sblum ni B- je, my Ai as a judges... jom layan pictas2 pavlova dulu...pastu kita cerita repisi plak ye...#peace 


yg ni baru buat smlm...blum puas pavlova ni menjengah dunia, dah habis kami ngap3...makan sejuk2 sgt sedap...

yg ni buat last month...still nampak kemek, senget2 ckit...

yg buat bila ntah...tapi skali nampak macam gunung berapi da....makan ng pisang sedap3...hihi

ni target sy...nmpal tempting x?yg ni ambik gambar dr iG nadya..
ni taukey pavlova...cantikkan pavlova beliau dan beliau sekali...pasangan secocok...

kita tgk resipi plak jom#

Bahan untuk Meringue
3 biji telur putih size A
Gula kastor 1 cawan
1 sudu esen vanila
1 sudu cuka epal
1 sudu tepung jagung
250g whipping cream


Tip sebelum membakar Pavlova
  • Semasa mengasingkan antara telur putih dan kuning, pastikan tiada sedikit pun telur kuning yang masuk dalam telur putih.
  • Bagi memudahkan proses mengasingkan antara telur putih dan kuning,  gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk.
  • Pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Elakkan guna telur yang masih sejuk.
  • Pastikan peralatan yang digunakan bersih daripada sebarang air dan kesan minyak.

Cara-cara
  • Pukul telur menggunakan hand mixer/stand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi soft peak form – separuh kental adalah tahap apabila kita angkat pemutar elektrik, putih telur berbentuk melengkung.
  • Kemudian dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula satu sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
  • Masa ini adunan akan bertukar menjadi putih tetapi belum berkilat. Apabila pegang sedikit adunan di tangan, masih terasa gula yang belum hancur.
  • Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Apabila diangkat dia akan mengeluarkan 'tanduk'.
  • Masukkan esen vanilla dan pukul sehingga sebati.
  • Tanda meringue menjadi ialah apabila 'tanduk' yang tajam di hujung.
  • Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
  • Buat garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). Atau anda boleh menggunakan cara dengan tekapkan tin kek yang berbentuk bulat.
  • Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi daripada tengah.

Masa membakar
  • Panaskan oven suhu 150’c. Letakkan rak ditengah bahagian oven.
  • Masukkan adunan meringue, dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140’c. Masak selama satu jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Apabila api terlalu panas, luarnya akan garing tetapi di dalam belum masak.
  • Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Apabila masak, biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

NOTA:
  • Elakkan daripada memukul whipping cream terlampau lama. Jika tidak ia akan jadi cair.
  • Pukul whipping cream semasa tengah sejuk.
  • Anda boleh hiaskan meringue anda dengan krim putar dan buah-buahan mengikut kesukaan anda.
  • Anda juga boleh gunakan coklat cair untuk dimakan bersama meringue pavlova.
  • Bagi memudahkan kerja, masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama dua hingga tiga jam sebelum memukul whipping cream.
  • Whipping cream memang manis, jadi jika anda tidak suka terlalu manis, kurangkan sukatan gula.
  • Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Jika mahu makan, anda boleh keluarkan dan guna.
  • Elakkan daripada meletakkan whipped cream dan hiasan buah-buahan yang siap dipotong terlalu awal.


p/s: ambik gambar dr iG nadya..mintak halal ye..
p/ss: nmpk susah, tapi sgt senang
p/sss: selamat mencuba...

Tuesday, May 7, 2013

full house...LOVE


kebanyakkan perempuan sukakan sesuatu yang surprise kan...mostly lah...bukan semua pun...kalau dulu,  memang xgemar sgt terkejut2 ni...tapi sejak bersuamikan mohd anuar nih, my Ai, semacam syok plak bila ada surprise2 macam nih...

Ai ni boleh dikatogerikan seorang yang agak romantik la....mula2 xperasan sgt, tapi bila asyik2 buat mende yang kita xjangka, dan menda tu agak suwittt la jugak, so trus rate kan Ai sbgai romantik...hahahah aci x nak rate kan suami sendiri suke hati j....tapi alhamdulillah, dia xpernah harapkan sesuatu diluar jangkaan saya...memang xmampu pun nak buat mende2 pelik nih...ahaaaiiiii...

misteri jugak my Ai ni sbb masa kenal2 dulu, xdak la pulak nak buat2 sweet...bagi bunga time konvo pun sbb request nak bunga, kalo x, xtahu la dapat k x...hihi..

tapi misteri ni terungkai bila balik kg sbb mengudi hari tu...Marang~

alkisahnya:

dua malam dok rumah mertua, sy asyik dok terbatuk2 je semput...Ai ni kesian tgk isteri dia dok batuk2 je, dia pun berjanjilah esoknya nak bawak pegi klinik ambik ubat, tapi sebelum tu dah macam2 petua dia dok google dan applied kat isteri dia nih...mungkin Allah belum kehendakkan lagi kesembuhan itu, so masih la terbatuk2...bilik kami plak sebelah bilik parents Ai, so terganggu lah tidur si ayah mertua malam tu...tgh2 malam membuta tu, si ayah mertua pergi keluar ke belakang rumah (belakang rumah ada bukit, berhutan) carikan daun ubi kayu kuning, pastu mintak tolong mak mertua tumbuk ng kapur, dan dikejutkan menantu dia yg sorg nih nak sapukan kat tekak...tetibe terasa macam sweet la ayah mertuaku nih, sanggup kua malam2 petikkan daun ubi kuning...hahahah terharu taw... tiap kali balik kg plak, ayah mertua ni slalu simpankan buah2 yg berbuah kat pokok...ayah mertua jugak gemar tangkap ayam hutan...tiap kali kami balik kg, mesti dia simpankan...mak mertua pun xnak kalah, time sy tercekik tulang ikan, dibuatnya air tawar untuk diminum, urut2 belakang nak ilangkan tulang tu... kalo sblum nih, tercekik tulang ikan ke, ape ke, pandai2 la survive sendirik okeh... mak mertua pun sgt rajin masakkan desert traditional negeri terengganu nak bagi menantu luar dia ni rasa...yg pelik2 semua cedap...family mertua sgt2 full dengan kasih sayang...full house of L:O:V:E.. jadi kasih syg, sifat romantik nih diturunkan ke anak lelaki dia merangkap my Ai....Alhamdulillah syukur sgt bersuamikan Ai...Ai my anugerah illahi...


p/s: sesape nak cari suami yg romantik, carila bakal mak mertua dan ayah mertua yang romantik...
p/ss: saya seorang yang agak kasar tapi cair dengan kasih sayang
p/sss: jemput add my instagram, penuh suprise dari my Ai(sekadar berkongsi j,hihi) instag = micahaje

me with my Ai