tik tok tik tok

Monday, April 27, 2009

(*?*)

tadi jawab IEK 108 dengan kurang kesedaran akibat xtido mlm....
sgt terukkkk....
tak dapat jawab + tak dapat pk....
3jam dalam dewan rasa sgt lama wlaupun tgk bdk2 lain mcm xcukup masa je....
abeh je exam tu trus kol mak cakap micah tak dapat jawab...
mak cakap xpelah usaha dah....tawakal je lah...
tp tetap tak puas ati...
sebabnye....
micah yang kurang usaha...
imposible nak dapat keputusan yang baik...
hurmmm....
sampai bila....

Friday, April 24, 2009

ingat kan smlm dah berakhir...

hurm...
sakitnye ati bila dapat kol tadi...
dah la smlm 2 kali jadi "buangan"...
arini tetiba ada gak manusia yg tutt.... "membuang" micah..
ape hak dia?
kak wan yg salah bab bagi janji manis kat semua org...
at last micah gak yg merempat entah kemana...
nak cari rumate baru la...
sng ckit tak kna buang dah kot pasni...
kalo jadi ag perkara yang sama mmg micah akan NGAMUK!!!
tunggu dan lihat je lah anti cam na....

Thursday, April 23, 2009

Tuesday, April 21, 2009

haidhir dan iskandar??apa yang mereka telah lakukan???

persoalan???
tentang mereka?
siapa mereka???
apa yang telah mereka lakukan???
~hanya yang memahami akan mengerti segalanya....

Monday, April 20, 2009

dia ambik darah micah banyak...

huhuhuuuuu.....
sakit+lengoh je tangan ni...
nurse tadi ambik darah micah banyak sgt....
aritu cakap nk ambik cikit je....
tp tadi bnyk...
tgn kanan lak tu....
cedey...
esok kena g agi spital tu...
hurm...
esok paper sHE..
chaiyok2 gurlz....

Pesanan Untuk Wanita.

Banggalah menjadi seorang wanita. Kita hiasan dunia, jangan biarkan kita menjadi fitnah dunia. Kita penyeri rumah tangga, jangan jadikan rumah kita sebagai neraka. Biarlah kita menjadi penyebab berjayanya seorang lelaki, bukan pemusnah. Kita bukan lemah, kita lebih kuat dari lelaki. Kita mengandung sembilan bulan lamanya. Dari rahim kita lahirnya pejuang agama. Dalam dakapan kita mereka membesar dan meningkat dewasa. Kita bukan lemah..
Airmata bukannya bukti kelemahan seorang wanita..Jika kita memahami..Allah menciptakan segalanya sempurna, kita istimewa...Setiap apa jua yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Yakinlah dan percayalah..

from:http://semut2comel.blogspot.com/

bosan tak taw nk wat pe....~mengEDIT gamba lama2...




Sunday, April 19, 2009

miss u ayin...

"our friendship is too deep,
our laught is too meaning,
our tears is too sincere, friendship and love are very precious,
thank you from the bottom of my heart.."

Saturday, April 18, 2009

Perdebatan Imam Abu Hanifah dengan Seorang Atheis www.iluvislam.com

Terdapat banyak cerita tentang kehebatan Imam Abu Hanifah yang berjaya berdebat dengan golongan kafir dan sesat. Antaranya ialah cerita perdebatan beliau ketika umurnya masih muda.

Ceritanya begini:
Seorang Dahri atau Mulhid (atheis) telah menemui Sheikh Hammad iaitu guru Imam Abu Hanifah. Sebelum itu, dia telah mencabar para ulama’ berdebat dengan mengatakan:

"Kalian mengatakan Allah itu wujud tanpa ada tempat, sedangkan setiap yang
wujud mesti mempunyai tempat".

Ramai ulama telah kalah berdebat, kemudian si Dahri ini bertanya kepada orang ramai:

"Masih adakah ulama di kalangan kamu yang mampu berdepat denganku?"

Mereka menjawab: "Ada, beliau bernama Sheikh Hammad".

Si Dahri pun mohon Khalifah agar perintahkan Sheikh Hammad untuk berhujah dengannya. Khalifah memperkenankan permintaan Si Dahri dan memerintahkan Sheikh Hammad dengan diberi tangguh hingga keesokan harinya. Pada pagi esok, Imam Abu Hanifah yang masih kecil telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya.

Gurunya menjawab:

"Aku telah dipanggil oleh Khalifah untuk berdebat dengan si Dahri dalam perhimpunan para ulama. Semalam aku juga telah bermimpi sesuatu yang buruk".

Imam Abu Hanifah: "Apa yang Tuan Guru mimpikan?"

Sheikh Hammad: "Aku bermimpi melihat sebuah dusun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya."

Imam Abu Hanifah: "Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta'bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta'birkannya."

Sheikh Hammad: "Ta'birkanlah wahai Nu'man" (nama sebenar Imam Abu Hanifah).

Imam Abu Hanifah: "Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Dahri, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya."
Sheikh Hammad bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami'. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana. Si Dahri datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya:

"Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Imam Abu Hanifah menjawab: "Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya."

Si Dahri: "Siapakah engkau ini, wahai budak? Engkau bercakap denganku sedangkan orang-orang yang ada kemegahan, orang tua, berserban besar, berpakaian labuh dan berlengan baju yang luas tidak mampu berdebat denganku. Inikan pula kamu yang masih kecil, masih mentah dan hina."

Imam Abu Hanifah: "Allah Taala tidak memberikan ketinggian dan kebesaran kepada orang yang berserban besar, berpakaian penuh kemegahan dan berlengan baju yang luas, tetapi Allah memberi kepada para ulama seperti firman-Nya, bermaksud:
Dan (Allah memberikan kepada) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
beberapa darjat. Surah Al-Mujadalah (58) : 11

Si Dahri: "Engkaukah yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Imam Abu Hanifah: "Aku akan menjawab dengan taufiq Allah."

Si Dahri pun mula bertanya: "Adakah Allah itu wujud?"

Imam Abu Hanifah: "Ya."

Si Dahri: "Di mana?"

Imam Abu Hanifah: "Allah tidak bertempat."

Si Dahri: "Bagaimana mungkin Dia wujud tapi tidak bertempat?"

Imam Abu Hanifah: "Dalilnya ada pada diri anda."

Si Dahri: "Mana dia?"

Imam Abu Hanifah: "Bukankah kamu mempunyai nyawa?"

Si Dahri: "Memang."

Imam Abu Hanifah: "Di manakah tempat nyawa atau roh kamu itu? Di kepala kamukah? Atau di perut kamu? Atau di kaki kamu?"

Si Dahri tercengang-cengang tidak tahu jawab. Kemudian Imam Abu Hanifah menyebutkan pula tentang air dengan mengatakan:

"Bukankah air susu itu mempunyai lemaknya?"

Si Dahri: "Ya."

Imam Abu Hanifah: "Di manakah terletaknya lemak itu di dalam susu? Adakah di sebelah atas atau di sebelah bawah?"

Sekali lagi Si Dahri tidak dapat menjawab. Imam Abu Hanifah menambah:

"Sebagaimana roh juga tidak bertempat di dalam tubuh, lemak tidak bertempat di dalam susu, maka Allah juga tidak bertempat di alam buana ini."

Si Dahri menyoal lagi: "Apa yang ada sebelum Allah dan apa yang ada selepas-Nya?"

Imam Abu Hanifah: "Tiada sesuatu sebelum Allah dan tiada sesiapa selepas-Nya."

Si Dahri: "Bagaimana dapat memahami tiada sesuatu yang mendahului yang wujud dan tiada sesuatu selepasnya?"

Imam Abu Hanifah: "Buktinya ada pada anggota badanmu."

Si Dahri: "Apa dia?"

Imam Abu Hanifah: "Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. (penulis: logik ini sangat tinggi, barangkali orang awam macam kita tidak memahaminya, wAllahua'lam) Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya."

Si Dahri: "Ada satu lagi soalan yang ingin aku tanyakan."

Imam Abu Hanifah: "Kemukakanlah, Insya Allah aku akan menjawabnya."

Si Dahri: "Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?"

Imam Abu Hanifah: "Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah."

Si Dahri pun turun, Imam Abu Hanifah pula di mimbar. Setelah beliau duduk, si Dahri itu pun bertanyakan soalan tadi.

Imam Abu Hanifah menjawab: "Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas."

Si Dahri rasa tertewas dan hujahnya dipatahkan.

Friday, April 17, 2009

tak suke g spital....

ishk...tak patut tol la dowg bagi laki yang jaga bilik xray tadi...
patutnya panggil la nurse sowg dok ctu...isk...tak puas ati tol tadi...maluuuuuuuu..................

Thursday, April 16, 2009

micah tak sihat...

"betul ke doc.??"

tu je yg mampu micah tanya pas abeh doc terangkan sume...

masalah paru2?

ape tu?cam serius je...tapi betul ke?

xnak caya karang, tp yang gtahu tu doc...takkan dia nk main2 pasal ni..

ermmmm....tetiba rasa sedey sgt2...

pas balik dari spital tadi g cafe...zaf tegor...

"sakit ke?"

micah mam pu senyum je..mgkin dia nmpk kot micah bwk ubat bnyk kat tangan...biasa la....USM ni "say no to plastic bags"...

tp...

esok mula la perjalanan rutin baru...pagi2 besiap trun g spital...esok kna g xray badan dan kaki....isnin pagi lak sblm g exam kna g spital dlu hantar sampel K**** dan ambik sample darah.....ari slasa ng rabu pun sama lakan g spital wat rutin tu...hurm....

cedey laaa....nape micah tetiba sakit ni....sakit lak yg pelik2...

tdi kol ummi...ummi agak terkejut...tapi ummi soh g cek je dlu...jgn pk bukan2...sejarah family xdak sakit tu...

entahla....tggu je lah keptusan ujian tu next 2 week....

doakan micah sihat yaaa....

#andai itu takdirnya.....

Tuesday, April 14, 2009

kejutan tgh pagi

"gud luck 4 ur exam.!!!
take whatever you want to get whatever the best for your life.!!
take care..gud nite..."
3.02pg...14/04/09
msg ni mengejutkan micah ditengah pagi...
"ishk...sape lak msg tgh pagi ni,
tak taw ka manusia2 tgh titow waktu ni..."
micah ngomel sengsowg akibat titiownye tergangu.....bila bkk msg, mata micah cam spotlight tgk kat sendernye....
FUFU kmns
"eh...nk balas tak nak?nk balas ape ek??"
asetelah hampir beberapa saat memikirkannya, micah tertitow semula....
ermmm...lama tul tak dengar khabar pasai fufu sowg ni...rindu lak nk msg2 dia...tnya ada fs ke blog ke xdak la plak jawapannya...hurmmm..
"miss u fuad"

Monday, April 13, 2009

....nothing

Two things in life hurts very much
1 . When someone loves you but do not tells you.
2 . When someone do not love you but tells you.

SanTApaN RohaNi...

Ramai orang tertawa tanpa menyedari sang maut sedang mengintainya. Ramai orang yang bersegera datang ke saf solat - kononnya orang yang amat merindukan kekasih. Sayang, ternyata ia datang tergesa-gesa hanya agar dapat segera pergi. Seperti penagih hutang yang kejam ia perlakukan Tuhannya.
Ada yang datang sekadar memenuhi tugas rutin mesin agama. Dingin, kering dan hampa, tanpa penghayatan. Hilang tak dicari, ada tak disyukuri. Dari jahil engkau disuruh berilmu dan bukan sekadar untuk berhenti hanya pada ilmu.
Ada orang bekerja keras dengan mengorbankan begitu banyak harta dan dana, lalu ia melupakan semua itu dan tak pernah mengenangnya lagi. Ada orang beramal besar dan selalu mengingat-ingatnya, bahkan ada yang menyebut-nyebutnya. Ada orang beramal sedikit dan merasakan amalnya sangat banyak.

Ada juga orang yang sama sekali tak pernah beramal, lalu merasa banyak amal! Malahan, menyalahkan orang yang beramal, karena kekurangan atau ketidaksesuaian amal mereka dengan lamunan peribadinya, atau tidak mau kalah dan tertinggal di belakang para pejuang. Mereka telah menukar kerja dengan kata!
Dimana kau letakkan dirimu? Sewaktu kecil, engkau begitu takut gelap, suara dan segala yang asing. Begitu kerap engkau bergetar dan ketakutan. Sesudah pengalaman dan ilmu semakin bertambah, engkaupun berani tampil waima di hadapan sultan tanpa rasa gentar. Semua sudah jadi biasa, tanpa rasa.
Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimu sehingga getarannya tak terasa lagi saat maksiat menggodamu dan engkau menikmatinya?. Malam-malam berharga berlalu tanpa satu rakaatpun kau kerjakan. Usia berkurang banyak tanpa tangga kedewasaan rohani meninggi.

DeAr DiArY

Dear Diary
Something good happened today
He finally called me by my name
I didn't know how to behave
What to say or do
I was so confused

Dear Diary
I wanna talk to him again
But whenever he is with his friends
He keeps trying to pretend
But I already see
The way he feels for me

What can I do?
Tell me what can I say
When do I let him know I feel the same way?
How can my feelings be so hard to show when
I really want him to know

Dear Diary,
He wrote some letters on his hand
It wasn't hard to understand
I figured I'm part of his plans
But now I'm in his heart
I don't know where to start

What can I do?
Tell me what can I say
When do I let him know I feel the same way?
How can my feelings be so hard to show when
I really want him to know

You're my secret hiding place
Where my private thoughts are safe
And just one look and he will see
What's inside of me

What can I do?
Tell me what can I say
When do I let him know I feel the same way?
How can my feelings be so hard to show when
I really want him to know

What can I do?
Tell me what can I say
When do I let him know I feel the same way?
How can my feelings be so hard to show when
I really want him to know

Dear Diary
by M2M

Sunday, April 12, 2009

ujibakat anak wayang....

arini 11/04/09....
kul 10.30pg hp micah berbering memecah kesunyiaan pagi dengan panggilan noura...
"ko siap cepat, ikut aku p odisyen ni..."
tanpa sebarang bantahan dan dalih....
micah terpaksa akur dengan ajakan mmber sowng ni...
almaklumla...
teman dari matrix la,lama gak ea micah kawan ng si noura ni...
huhu....
sampai bayview hotel, naik tingkat 7 g register nama...
ramai gak owg waktu tu...
mujur la kami sempat sampai....
lagi 2, 3 minit je pendaftaran nk tutup...
macam2 ragam kat sna dapat kami lihat...
yang gedik, yang ayu, yang gatai merela, YANG COMEY, yang prasan macho sume ada...
angka giliran noura owg ke3 last...
huhuhu...
lambat ag ni...
so kami buang la masa ng menelaah nota2 yang sempat dicapai td...
tunggu punya tunggu,
3 kali solat sampai la giliran si noura ni...
alhamdulillah....
perfomance dia mantap jugak...
antara yg terbaik,
tak rugi terpaksa ikut dia datang odisen ng yaya...
tpi bukan masanya untuk dia ubah haluan...
bakt yg ada terpaksa disimpan buat sementara waktu untuk segulung ijazah...
kak marlia nasihatkan dia untuk habiskan dan fokus dalam stdy dulu...
mgkin ada hikmahnya,...
tp noura mmg best la...
mantap...
wah!!!

Wednesday, April 8, 2009

kenangan lalu...


tadi g sg.2 g bli kentang goreng...
teringin lak tetibe...
tp sblm masuk tu terHIBU aroma burge yg sedap..
so,,
apa lagi, trus order baby burger special 1...
balik bilik makan berger pas isya'...
perh...
sedap weh...
macam berger cafe C kat KMNS dulu la....
tetibe tingat kat geng2 burger dulu...
kitorang mkn beger pakai SUDU...
WAHH!!!!!
rindu saat dan ketika itu...
adilin,farah,yuyu, kema,rain,menaga...
miss u all...

dinner CG

senyum dan tertawan...
micah dan teman2...

~ MICAH~

micah kat meja makan...

micah wat aksi...

micah macam2...







Tuesday, April 7, 2009

aNDai iTu TakDiR Nya

2 3 arini ape yg nak dibuat sume tak menjadi...
sama ada tak bersungguh2 or mmg takat tu je termampu...
~TAK pasti...
tapi setiap apa yg berlaku mmberi satu pengajaran yang baru dalam hidup...
abg nabeel???
abg nabeel mgkin still marah micah ag skng ni....
wlaupun dia cakap ok je....
dalam hati siapa duga kan...??
rasa tak sedap ati je bila tingat kat dia...
tpi apa yang mampu micah wat???
maaf abg nabeel...
perkara ni diluar kawalan kita...
shawl?
dah nk jadi gtu...
no komen la...
tak nak cari slah sesape...
muhasabah dri sendiri je lah yg mampu...
ape2 pun...
arap ari esok mmberi sinaran baru dalam hidup micah...
rindu mak...
sebulan ag baru dapat rest panjang2....

Monday, April 6, 2009

bosan

knape eh malas tul nak stdy 2 arini....
smlm yela sakit xdapat bagun...
arini da sihat2 tapi still xnk mula stdy jugak...
micah nk pisang berbuah 2x kew??
nape xpnah nk serik eh?

~hurmmmm