tik tok tik tok

Monday, August 30, 2010

kisah teladan dari seekor burung

dia dah datang...
suka je mengendap2...
pastu wat bising..(nyanyi2 a.k.a berzikir)

bila dapat mknan, suke hati je....
kadang2 mkn sambil tercekik...
pic dy tercekik xdpat nak disertakan sbb xsempat nk snap.


da kenyang, dia nyanyi ckit untuk ucap makaceh, then bersiap2 nak blah...
hahahaha
nama burung ni KIKI...
dy burung yg sering bertandang kat bilik micah(setiap hari tak penah miss)...
even tyme tu micah xde woti nak bagi...
mcm bulan pose nih kadang2 ada woti, kdg2 xde...
so nak xnk micah bagi la
kurma..
dowg mkn ng senang ati je...
xpenah merungut...
hahahahha

::saya sgt sukakan burung2...sbb ap?
::SEBAB::
1. shangat comey
2. setia tnggu mknn
3.terima je pape yg micah bagi

alkisahnye, micah tetibe teringat satu kisah teladan pasai burung...
kisah ni mak penah story tyme micah ng adik2 kecik ag...

Kisah ni masa Nabi Ibrahim kena bakar oleh Raja Namrud yang memerintah negara Babylon di atas kesalahan memecahkan patung-patung berhala, antara burung-burung yang berterbangan menyaksikan peristiwa tersebut ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup. Burung pipit tu nak tolong Nabi Ibrahim.

Burung pipit terbang mencari air. dy menyedut dan simpan air tersebut di dalam paruh dya yang kecik tu. Burung-burung lain hairanan melihat perlakuan burung pipit. “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya burung-burung yang lain. “Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit. “Macam mana kamu mahu padamkan api tu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada tu kecil. Sia-sia saja usaha kamu tu,” kata burung lain pula.

W`bagaimanapun, burung pipit tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu dya membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu saja yang dya mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit saja pertolongan dya, dya berpuas hati. Sekurang-kurangnya dya telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran. Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur.

sampai cni dlu ye...
nak besiap2 nak p keja plak sat g...

No comments:

Post a Comment

nukilan teman