Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,  Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang  menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"
Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh  malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil  nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN  KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang  amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan  dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat  daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan  rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK  telah melepaskannya dari seksaan itu.
Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia  mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah  pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH  SWT memberi minum hingga ia merasa  puas.
Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang  sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan  diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN  RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke  kumpulanku seraya duduk disebelahku.
Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita  di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka  datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya  dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin  tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN  SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut  bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka  segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG  IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari  bahaya api tersebut.
sekadar peringatan buat diriku yg alpa...
 
 
No comments:
Post a Comment
nukilan teman