tik tok tik tok

Thursday, May 6, 2010

accounting and finance


kesah kalini bermula ng sebuah gambaq....sebuah ke???ni tyme men kuarantin kan diri di library sensowg...

100 soalan dalam masa 3 jam????
berbaloikah???
seb baik soklan MCQ je...
hehehheh

berlubang jugak kertas tadi micah menembaknyew....
mula2 tu ok lagi tyme soklan yg perlukan calculation,dok tekan2 calculator smabil memerah otak mengingatkan rumus yang semakin pudar..., tp bila angkat kpala tgk jam dah menghampiri pkul 4, ditambah plak en ng dak2 non muslim berderu2 klauq dewan, micah pun memasang serampang dua mata...(apekah maksudnye??) (✖╭╮✖)
ntah micah pun tak faham...
tapi that tyme micah dah mula mengelabah dah...aiiiii...cepat toi depa ni siap....
xleh jadi ni....apa ag, kuaq la senapang + pistol + lastik n etc untuk dijadikan senjata dalam pertempuran ni..???aik??
tak kesah la, apa ag, micah pon stat la menenbak sana sini mana2 soklan yg tertinggal...
hagak2 en..terkena sasaran dak???
hopefully,,,
wah!!! berangan la ang...
nih muka ngah berangan...hihi

hehhehe...(asal asyik gelak nih???) (◕‿-) suke kot sbb dah abes final exam untuk final paper....
okes...
crita yang lepas biaq la lepas...kita jadikan pengajaran untuk hari2 mendatang k...
pandai cakap toi buatnya tak....
tape2...esok kita mulakan ng agenda yang baru k....
arap esok ada la kesempatan untuk tuuuuutttt...
eh???
menca**t kew???
ne ada cuma kasi saspen je...
soNGet toi la dak micah nisekian... atas nih ngah teropong lubang2 kerja kalo ada....see yaaa...

Tuesday, May 4, 2010

selepas peperiksaan..


tadi paper ibk....

2 unit je pun tapi soalan sgt la senang sampaikan xpat jawab...
aaaaaaaaiiii(nada kecewa).. (╯_╰)

xsangka la plak Prof.Wan nak bagi soalan yg simple2 je....

tapi nak wat camna, da jawab da pun...
bkn main lagi menggoreng dalam exam hall tadi...

lain yang ditanya lain yang dijawab....(¯`◕‿◕´¯)

asalkan dapat penuhkan kertas jawapan pun da kira pueh hati...(♥‿♥)
esok ada lagi 1 paper...

pas tu.....
.
...
.
.
.
bersoker la apa lagi en...

hehehhe

wish me gud luck 4 this last paper k....

ha ha ha

(◕‿-)


------------> suasana pas menjawab

Saturday, May 1, 2010

::fikir dulu soal hati::

Buat Renungan…
jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..
ke dalam air begitu saja..
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..
jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja..
kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..

jika kamu menadah air biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak..
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..


begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah seadanya..
janganlah kamu terlalu mengaguminya..
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..
sedangkan jika kamu memaafkannya..
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..

jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
mengenyangkan..berkhasiat..
mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain..

terlalu ingin mengejar kelazatan..
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
kamu akan menyesal..

begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..
menyayangimu..mengasihimu..
mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain..

terlalu mengejar kesempurnaan..
kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain..
kamu juga akan menyesal..

"Bersyukur dan Redha dengan apa yang dikurniakan olehNya...Alhamdulillah.."
hamizah

Friday, April 30, 2010

makna PENAMPAR!!!

kisah ni sekadar teladan buat kita.. ada makna disebalik cerita yang cuba micah sampaikan...
sama2 la kita mengambil iktibar ye...



Ada seorang pemuda yang sudah lama belajar di negeri “Uncle Sam” kembali ke tanah

air.? Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari

seorang guru agama, kiai atau siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda : Anda siapa? Dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan

anda

Pemuda : Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak

mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya

Pemuda : Saya punya 3 buah pertanyaan

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat

dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur

yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiai tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya?

Kiai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3

pertanyaan yang anda ajukan kepada saya

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti

Kiai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit

Kiai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya

Kiai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu !

Pemuda : Saya tidak boleh

Kiai : Itulah jawaban pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan

Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak

Kiai : Apakah pernah terpikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari

saya hari ini?

Pemuda : Tidak

Kiai : Itulah yang dinamakan Takdir

Kiai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : kulit

Kiai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : kulit

Kiai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : sakit

Kiai : Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika

Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk

syaitan.

Jazakalahu khairan katsira wassalammualaikum wbk.~micahaje

Thursday, April 29, 2010

taNda2 keciL kiaMat beRdasaRkAn haDis..

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang
hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang
seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim


3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah
runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila
telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya
kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat
Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan &

perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat
sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang
tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" -
Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda

semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'
(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya
di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat

ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari
kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat
Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir
zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2
kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka

tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya
sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu &
disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" -
Sahih Muslim

'tiada alasan untuk kita meniggalkan solat'
peringatan buat diriku yang sering lupa...